Aug 12

12345

huhu… pagi yang membosankan. pagi2 lagi dah buat database system, dengan otak yang separuh blur… this is my sc…

Aug 7

hahahak. mungkin kamu semua agak terkezut mendengar tajuk yang aku tulis. heheh. padahal hari ini merupakan hari terakhir ku di kolej ini sbb lepas neh aku akan cuti 3 hari. hahahahhahak isnin neh masuk balik lah. bukan aku nak pindah p mana2. geng2 rumah kami dah pakat nak memasukkan perkhidmatan tm nut atau yang lebih dikenali sebagai streamyx, broadband terlembap di dunia. hahhak. pape2 pun kena ada gak broadband neh walaupun diorang punya kualiti mcm hampeh. talian internet amat diperlukan bagi sem ini supaya kami dapat memuat turun nota2 dan pengumuman yang di buat oleh tenaga pengajar kami. adoyaii!!!! semua dh berubah, zaman dah maju, semua dah guna internet… cepat betul masa berlalu, rasa mcm baru daftar sem 1 ja. neh nex week dah nak cuti. haduh… baru paham2 sket2. tapi agak malas untuk masuk ke subjek data structure.. subjek yang agak membosan kan. jumpa lecturer yang sama 3 hari berturut2 dalam seminggu.

Jul 27

Hurm…. such a long time… about 1 week i’m disappeared from this blog. hye againĀ  to all bloggers and all my frenz. 27 julai 2008 class dah ada yan start. subjek killer pun dh banyak dalam sem 3 neh. erm..

Jul 21

first days of 3rd sem. masuk kelas. lecturer briefing2 pasal subjek. buat ice breaking sket2.skang tgh lepak2 dekat lab.so good. new rig,new look,hidup KPTM.

Jul 16

Sudah agak lama aku tidak menulis blog aku ini. mungkin agak terlalu sibuk dengan aktiviti harian sehingga tidak dapat untuk meluangkan masa untuk menulis coretan2 hari yang indah dalam hidup aku. malam neh malam last aku dekat perlis bagi cuti semester ini. esok ptg aku akan menaiki flight untuk pulang semula ke Kuala Lumpur bagi meneruskan semester 3 yang bakal menjelang. bagi diri aku, cuti semester selama 3 bulan ini telah banyak program yang telah aku lakukan. kalau nak tau aku jalan2 mana, 3 hari cerita pun xabis lagi.hehe. disini aku ceritakan serba ringkas apa yang telah aku lakukan selama 3bulan ini.

17 Mei 2008 - gotong royong di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
19 Mei 2008
- Cedin bersama rakan ke Pulau Pangkor. Klik untuk cerita.
21 Mei 2008 - Pulang dari Pulau Pangkor.
25 Mei 2008 - Bersama ahli Putra Rovers ke Alor Setar sempena Hari Keluarga Putra Rovers 2008.
30 Mei 2008 - Kursus Kelana dan Kursus Manikayu Kelana Peringkat I di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
04 Jun 2008 - Harga Petrol dan Diesel diumumkan naik kepada RM 0.70 dan RM 1 seliter.
06 Jun 2008 - ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah.
07 Jun 2008 - ke Sungai Sedim untuk lawatan ahli Putra Rovers yang menyertai Kursus Asas Kayak Peringkat Negeri Perlis 2008.
08 Jun 2008 - ke Pesta Orkid Peringkat Kebangsaan 2008 bersama Mr. Ho Thean Sung.
11 Jun 2008 - Reflector Studio crew ke berkonvoi Pulau Pinang.
17 Mei 2008 - ke Kuala Lumpur.
20 Mei 2008 - ke Cameron Highlands.
22 Mei 2008 - Putra Rovers ke Puncak Janing, Kedah.

dan banyak lagi xtvt2 yang dilakukan yang tidak sempat dimasukkan.

*neh yang kira kuaq dari perlis ngan kedah lah. hehe. dlm perlis banyak lagi.

Jul 4

kebosanan tahap melampau.. boring. semua kawan2 pakat dah balik/sambung blajaq ditempat masing2. hanya tinggal 2 3 org ja yang masih bercuti. lambat lagi nak habis cuti. ada lagi 2minggu. erm… bosannnya

Jun 23

life life life. apa yang ada dalam life kita? apa yang kita mau dalam life kita? apa yang mendorong kita untuk hidup? semua nya hanya diri masing2 saja yang mampu bagi jawapannya. walaupun hidup neh nampak mudah.. tapi sbanaqnya hidup neh just suatu pesinggahan yang amat singkat.

Jun 13

Sebelum ini anda telah diceritakan mengenai seorang anak muda
bersama ‘teknik’ 3K-nya. Namun, beliau kini mendedahkan satu
lagi K yang rata-rata blogger tidak memilikinya!

Katanya lagi, K ini langsung tidak diambil kira di dalam
aktiviti ‘blogging’ atau membuat duit di internet itu
sendiri. Apakah K itu? Pentingkah unsur K tersebut?

Sebelum kita menyambung cerita mengenai K yang hilang itu,
saya mengucapkan jutaan terima kasih jika anda membaca
kesemua 7 siri newsletter mengenai blogging dan membuat duit
di internet melalui blog.

Siri tips ini tidak akan lengkap tanpa Pakej Kit Blogger
bersamanya.

Sila ke http://bloggingsteps.com/tips/siri/tip7-mk.html

untuk bacaan seterusnya.

Jun 8

“Saya sungguh tak percaya, blog dia begitu cepat mendapat
trafik dan pengunjung yang kekal. Ramai pulak tu..”.

Itulah kata-kata yang terdetik di hati saya apabila melihat
satu hasil yang begitu cepat diterima oleh seorang usahawan
internet yang berjaya. Tidak perlu saya sebutkan namanya di
sini. Cukup saya menggelar dirinya sebagai Mr. A.

Mr. A sudah lama berkecimpung di dalam usaha membuat duit di
internet dengan melakukan beberapa cara. Incomenya beribu-ribu
sebulan, bukan RM tapi USD. Setelah lama ‘bermain’ di arena
antarabangsa, maka beliau merasakan sudah tiba masanya untuk
menabur ilmu dan bakti kepada anak bangsa.

Sila ke http://bloggingsteps.com/tips/siri/tip6-mra.html
untuk bacaan seterusnya.

Jun 8

Aku,adam,epih,yun,pandir. kebosanan meresapi diri masing2. kawan2 yang lain menghadiri satu kursus kayak di sedim. maka muncullah idea2 untuk ke air panas legong. bertemankan duit poket dan rokok. Perjalanan bermula pada 6 Jun 2008 pada jam 9 malam. Kami bertolak dari perlis untuk menuju ke suatu destinasi yang jauh dari kehidupan kota yang amat merungsingkan ke suatu tempat yang mempunyai ketenangan jauh di Air panas ulu legong kedah. perjalanan memakan masa hampir 4 jam.ia terletaklebih kurang 20km dari pekan baling. sampai saja disana. bagai satu pesta ditengah2 keheningan malam. ditemani flora dan fauna. bayaran masuk ke kolam air panas adalah RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak2 berumur 12 tahun kebawah. misi seterusnya mencari tempat kekosongan untuk bersantai bersama kepanasan air yang bersulfur tinggi. pusing2 baru ada tempat kosong. lepak2 dalam 1 jam lebih. dah terasa kebosanan. disebabkan orang yang terlalu ramai maka terjadi lah kuntur. 3.30 pagi kami bertolak ke kulim. bermalam di rumah abg yun. perjalanan seterusnya mengambil masa selama 1jam lebih. dengan panduan yang berhemah+romantik kami sampai kira2 5.00 pagi di pekan kulim. rumah abg yun yang terletak di kuarters polis. tepat pukul 12 tgh hari 7 jun 2008. bangun2. plan untuk ke sungai sedim. melawat kawankawan kursus kayak. lepas makan tgh hari+pagi maka kami pun bertolak ke sungai sedim. sebelum bertolak fakrol(viere) call. dia nak ikut sama. ok. ON JOIN. dengan 2 biji kereta. kami bertolak ke sedim. sampai jalan masuk ke tempat rekreasi tersebut. jalan agak kurang memuaskan. disebabkan dalam proses memperlebarkan jalan masuk ke tempat rekreasi tersebut. hari agak kurang baik. hujan renyai membasahi bumi. sampai di sedim. tukar pakaian. mandi. xsah kalau p saja xmandi. lepas mandi. lepak2 dengan kawankawan yang menghadiri kursus. semua kehabisan stok bahan api. kebanyakkannya 1st time p kem luaq. xpa. laen kali bawak bahan api banyak2. dalam pukul 6.00 kami bertolak pulang ke perlis. sampai di perlis dalam pukul 9.00 malam. maka itulah perjalanan 24jam kami dari 6jun hingga 7jun 2008.

« Previous Entries